|
DAFTAR ISI
DAFTAR ISI
…………………………………………………………….………………… 1
BAB I
…………………………………………………………………………..................... 2
PENDAHULUAN
1.
LatarBelakang …………………………………………………………………….... 2
BAB II
…………………………………………………………………………………….... 3
PEMBAHASAN
SEKULARISASI DAN LIBERALISASI ISLAM TAMADUN MELAYU
DI INDONESIA
A.
Pengertian Islam, Tamadun dan Melayu ......................................................
3
1. Pengertian Islam
2. Pengertian Tamadun
3.
Pengertian Melayu
B.
Islam dan Tamadun
Melayu ....................................................................... 4
C.
Al-Quran dan Kehancuran Tamadun ................................................................... 6
D.
Sekularisasi dan hadiah Kristian ...........................................................................
11
E.
Sekularisasi dan Liberalisasi
Islam di Indonesia
................................................. 13
F.
Menyanggah aqidah, syariah,
dan al-Quran
........................................................ 19
G.
Misionari Kristian ...................................................................................................
25
BAB III
……………………………………………………………………….…………… 32
KESIMPULAN
DAFTAR PUSTAKA ............................................................................................. 34
BAB I
PENDAHULUAN
1.
LatarBelakang
Islam
telah melahirkan antara tamadun manusia yang terunggul di dunia. Ilmuan serta
cendekiawan Islam seperti Ibn Sina atau Avicenna, Ibn Rushd atau Averroes dan Al-Khawarizmi telah
menyumbang kepada pembangunan sains dan teknologi dunia. Malahan pembangunan ilmu
dalam Dunia Islam telah diakui sebagai mangkin kepada Zaman Pembaharuan (bahasa
Inggeris: Renaissance) di Eropah yang akhirnya melahirkan
satu tamadun yang gemilang di sana.
Kehebatan tamadun Islam telah mengubah arah kegelapan
tamadun barat menjadi sebuah tamadun yang hebat hingga ke hari ini. Kajian
demi kajian dibuat terhadap tamadun Islam telah melahirkan banyak ahli fikir eropah. Secara kasar tamadun
Islam lebih mementingkan akhlak keperibadian mulia setiap insan tanpa membezakan setiap bangsa.
Namun tamadun barat lebih mementingkan kepada keuntungan atau lebih tepat materialistik (kebendaan) walaupun soal ahklak
insan terbiar.
BAB
II
PEMBAHASAN
SEKULARISASI
DAN LIBERALISASI
ISLAM TAMADUN MELAYU DI INDONESIA
|
|
A. Pengertian Islam,
Tamadun dan Melayu
1.
Pengertian Islam
Islam
adalah agama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad Saw sebagai nabi dan rasul
terakhir untuk menjadi pedoman hidup seluruh manusia hingga akhir zaman. Pengertian
Islam secara harfiyah artinya damai, selamat, tunduk, dan bersih. Kata
Islam terbentuk dari tiga huruf, yaitu S (sin), L (lam), M (mim) yang
bermakna dasar "selamat" (Salama)
. Pengertian Islam menurut Al-Quran tercantum dalam sejumlah ayat. Islam berasal dari kata "as-silmu " yang artinya damai
وَإِنْ جَنَحُوا لِلسَّلْمِ فَاجْنَحْ لَهَا
وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
“dan jika mereka condong kepada perdamaian, Maka condonglah kepadanya dan bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah yang Maha mendengar lagi Maha mengetahui.” (QS. Al-Anfal:61). |
|
2. Pengertian Tamadun
Tamadun berasal dari
perkataan Arab maddana, mudun, madain yang bererti pembukaan bandar
atau masyarakat yang mempunyai kemajuan dari segi lahiriah dan rohaniah. Perkataan
tamadun dapat diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah
maju. Istilah-istilah lain yang sama pengertiannya dengan tamadun adalah:
umran, hadarah, madaniyah.
Dalam bahasa Inggeris, istilah
yang hampir sama dengan tamadun ialah culture and civilization atau kebudayaan
dalam bahasa Melayu. Perkataan civilization dalam bahasa inggeris
berasal dari bahasa Greek civitas yang bermaksud bandar. Para sarjana
telah membahas persamaan dan perbezaan istilah-istilah tersebut. Istilah
Tamadun banyak digunakan dalam penulisan Tamadun Islam.
|
|
3.
Pengertian Melayu
melayu adalah
berasal dari kata mala (yang berarti mula) dan yu (yang berarti negeri)
berarti tamadun melayu itu ialah kota yang yang penuh dengan peradaban
atau tamadun melayu itu ialah suatu daerah dimana terdapat komunitas
ras-ras melayu ataupun rumpun-rumpun melayu yang telah maju peradabannya dan
kebudayaannya, baik itu di sektor politik atau pemerintahan,teknologi,
okonomi, dan pengolahan di bidang agraris dan maritim, selain itu komunitas
ini juga tetap menjunjung tinggi nilai-kebudayaan, agama (Islam), Sosial yang
mencakup pentauhidan kepada Allah SWT, ahklak dan hubungan antar manusia
|
B. Islam
dan Tamadun Melayu
Ramai para
cendekiawan merumuskan, bahawa unsur pokok suatu tamadun atau peradaban (civilization)
adalah agama. Agama, kata mereka, adalah faktor terpenting yang menentukan
karakteristik suatu tamadun. Sebab itu, Bernard Lewis, menyebut peradaban Barat
dengan sebutan “Christian Civilization”, dengan unsur utama agama
Kristian. Samuel P. Huntington juga menulis:
“Religion is a central defining
characteristic of civilizations.” Menurut
Christopher Dawson, “The great religions are the foundations of which the
great civilizations rest.” Di antara
empat peradaban besar yang masih eksis – Islam, Barat, India, dan Cina, menurut
Huntington, terkait dengan agama Islam, Kristian, Hindu, dan Konghucu. 1
Peradaban-peradaban
kuno, seperti Mesopotamia dan Mesir Kuno juga menempatkan agama sebagai unsur
utama peradaban mereka. Marvin Perry mencatat:
“Religion
lay at the center of Mesopotamian life. Every human activity - political,
military, social, legal, literary, artistic - was generally subordinated to an
overriding religious purpose. Religion was the Mesopotamians' frame of
reference for understanding nature, society, and themselves; it dominated and
inspired all other cultural expressions and human activities.” 2
Begitu
juga dalam tradisi peradaban Mesir Kuno, agama menempati peranan yang sangat
penting: “Religion was omnipresent in Egyptian life and accounted for
the outstanding achievements of Egyptian civilization. Religious beliefs were
the basis of Egyptian art, medicine, astronomy, literature, and government.” 3
Pakar sejarah Melayu, Prof. Syed Muhammad Naquib
al-Attas, menyebutkan, bahawa dalam perjalanan sejarah ketamadunan Melayu,
kedatangan Islam di wilayah kepulauan Melayu-Indonesia merupakan peristiwa
terpenting dalam sejarah kepulauan tersebut. (the coming of Islam seen from
the perspective of modern times … was the most momentous event in the history
of the Archipelago). Bahasa Melayu yang kemudian menjadi bahasa pengantar
di kepulauan Melayu-Indonesia (the Malay-Indonesian archipelago)
merupakan “bahasa Muslim” kedua terbesar yang digunakan oleh lebih dari 100
juta jiwa. 4
Sebab itu, Melayu kemudian menjadi
identik dengan Islam. Sebab, agama Islam merupakan unsur terpenting dalam
tamadun Melayu. Islam dan bahasa Melayu kemudian berhasil menggerakkan ke arah
terbentuknya kesadaran nasional. Al-Attas mencatat masalah ini:
“Together with the historical
factor, the religious and language factors began setting in motion the process
towards a national consciousness. It is the logical conclusion of this process
that created the evolution of the greater part of the Archipelago into the
modern Indonesian nation with Malay as its national language… The coming of
Islam constituted the inauguration of a new period in the history of the
Malay-Indonesian Archipalego” 5
Kamus Dewan yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa
dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur, 1989, juga
menegaskan keidentikan antara Islam dengan Melayu. Disebutkan, bahawa istilah
“masuk Melayu” mempunyai dua erti, yaitu (1) mengikut cara hidup orang-orang
Melayu dan (2) masuk Islam.
Berangkat dari pentingnya peranan
agama dalam suatu tamadun, maka dapat dijelaskan, bahwa tanda-tanda kehancuran
suatu tamadun dapat dilihat sejauh mana unsur utama (agama) dalam tamadun
tersebut tetap terpelihara dengan baik. Jika agama yang menjadi pondasi utama
tamadun itu sudah rosak, maka dapat diartikan, tamadun itu telah mengalami satu
perubahan yang signifikan. Mungkin tamadun itu tinggal hanya namanya sahaja.
Tetapi, hakikatnya, tamadun tersebut sudah rosak atau sudah hancur.
C. Al-Quran dan Kehancuran Tamadun
Beberapa ayat al-Quran al-Karim
memberikan penjelasan tentang kehancuran suatu bangsa. Penjelasan al-Quran ini
sangatlah penting untuk menjadi pelajaran, khususnya bagi kaum Muslimin, agar
mereka tidak mengulang kembali tindakan-tindakan yang dilakukan oleh umat
terdahulu, yang boleh menjejaskan dan menghancurkan tamadun mereka.
Allah SWT berfirman:
Maka apabila mereka melupakan
peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua
pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan
apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan tiba-tiba
(sekonyong-konyong), maka ketika itu mereka terdiam dan berputus asa. (QS al-An’am: 44).
Dan jika Kami hendak membinasakan
suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di
negeri itu (supaya mentaati Allah), tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam
negeri itu, maka sudah sepatutnya berlaku keputusan Kami terhadap mereka,
kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya. (QS al-Isra’: 16)
Dua ayat dalam al-Quran yang menjelaskan tentang kehancuran
suatu negeri itu bercerita, bahwa kehancuran suatu kaum berhubungan dengan
hal-hal:
1.
sikap
kaum yang melupakan peringatan Allah SWT, sehingga mereka lupa diri dan
hidupnya dihabiskan untuk sekedar mencari kesenangan demi kesenangan
(hedonisme). Hal ini juga disebutkan dalam al-Quran surat at-Taubah ayat
24.
2.
tindakan
elite-elite atau pembesar masyarakat yang melupakan Allah SWT dan membuat
kerosakan di muka bumi.
Apabila di
dalam suatu tamadun sudah tampak dominan adanya para pembesar, tokoh
masyarakat, orang-orang kaya yang bergaya hidup ranggi, atau sesiapa saja yang
bermewah-mewah dalam hidupnya, maka itu pertanda kehancuran tamadun itu sudah
dekat.
Akan tetapi, dari kedua hal
tersebut, inti dari kehancuran tamadun atau bangsa, adalah kehancuran iman dan
kehancuran akhlak. Apabila iman kepada Allah SWT sudah rosak, maka secara
otomatis pula akan terjadi pembangkangan terhadap aturan-aturan Allah SWT.
Rasulullah saw berkata:
“Apabila perzinahan dan riba sudah melanda suatu negeri,
maka penduduk negeri itu telah menghalalkan turunnya azab Allah atas mereka
sendiri.” (HR Thabrani dan al-Hakim).
Dalam sejarah manusia, berbagai
kehancuran tamadun di muka bumi sudah begitu banyak terjadi. Dan Allah SWT
menganjurkan kaum Muslimin agar mengambil pelajaran (hikmah) dari
peristiwa-peristiwa sejarah tersebut. “Maka berjalanlah di muka bumi dan
perhatikanlah bagaimana hasilnya orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul
Allah SWT) (QS an-Nahl: 36)
Sebagai misal, Kaum ‘Ad, telah
dihancurkan oleh Allah SWT Kerana berlaku takabbur dan merasa paling berkuasa
dan paling kuat. Mereka merasa tiada siapa saja yang dapat mengalahkan mereka,
sehingga mereka berkata: “Siapa yang lebih hebat kekuatannya dari kami?” (QS
Fusshhilat:15). Begitu juga kehancuran yang menimpa Fir’aun, Namrudz, dan
sebagainya. Di masa Rasuullah saw, kaum Muslim yang jumlahnya sangat besar dan
berlipat-lipat daripada kaum kuffar, hampir saja dikalahkan dalam Perang Hunain
(QS at-Taubah:25).
Sejarah juga
mencatat, bagaimana Tamadun Islam di Sepanyol yang sangat agung dan sudah
bertahan selama 800 tahun dapat dihancurkan oleh kaum Kristian dan akhirnya
kaum Muslimin dimusnahkan dari bumi Sepanyol. S.M. Imamuddin menyebutkan beberapa faktor penyebab
kehancuran tamadun Islam di Sepanyol.
Yang terpenting adalah adanya
perpecahan dan kecemburuan antara suku. Bahkan ada beberapa penguasa Muslim di
Sepanyol, seperti Ma’mun dari Toledo dan Dinasti Nasrid, mendapatkan kekuasaan
dengan bantuan kekuatan Kristian untuk menghancurkan kekuatan Muslim lainnya.6
Sejarah jatuhnya Palestina ke tangan
Zionis Yahudi juga boleh dijadikan pelajaran bagi kaum Muslimin. Bagaimana suatu
kaum yang minoriti dari segi jumlah dapat mengalahkan kaum Muslim yang sangat
besar. Pada tahun 1917, ketika Deklarasi Balfour diumumkan, jumlah orang Yahudi
di Palestin adalah 56,000 orang, sedangkan jumlah orang Arab Palestina sekitar
644,000 orang.
Tahun 1922, terdapat 83,794 orang
Yahudi dan 633,000 orang Arab di Palestin. Pada tahun 1931, terdapat 174,616
orang Yahudi dan 750,000 orang Arab. Tahun 1947, menjelang pembagian wilayah
Palestina oleh PBB, jumlah orang Yahudi sudah mencapai 608,225 orang. Sedangkan
orang Arab Palestin mencapai 1.237.332 orang. Pada tahun 1917, kaum Zionis baru
menguasai 2.5% dari tanah Palestin.
Tahun 1947 –
setahun menjelang berdirinya negara Israel 14 Mei 1948 -- kaum Zionis baru menguasai 6.5% tanah Palestin.7
Mengapa kaum Muslimin kalah di Palestin, dan sampai sekarang kaum Muslimin yang
jumlahnya sekitar 1.2 billion jiwa belum boleh merebut kembali Kota Suci
Jerusalem dan Masjid al-Aqsha dari tangan Zionis Israel? Padahal, jumlah kaum
Yahudi seluruh dunia, sampai sekarang tidak lebih dari 16 juta jiwa.
Bahkan, hampir setiap hari ada
berita tentang pembunuhan kaum Muslimin di Palestin oleh kaum Zionis. Mulai 28
September 2000 sampai 18 Mei 2003 sudah 3,238 orang Palestin yang menjadi
korban keganasan Zionis Israel. 8
Kehancuran dan
kejatuhan berbagai kaum, negeri, bangsa, dan tamadun, inilah yang sepatutnya
direnungkan secara mendalam dan sungguh-sungguh oleh kaum Muslimin, khususnya
para ulama dan cendekiawan Muslim di wilayah Tamadun Melayu. Apakah gejala-gejala
kehancuran suatu negeri atau tamadun seperti yang disebutkan dalam al-Quran dan
pernah terjadi dalam sejarah manusia sudah ditemukan dalam wilayah tamadun
Melayu? Kalau gejala-gejala itu sudah ada, bagaimana cara menghindarkannya?
Tulisan pada
bagian berikutnya akan menfokuskan pada fakta-fakta tentang tanda-tanda
kehancuran keimanan (Tauhid/aqidah Islam) yang terjadi di wilayah tamadun
Melayu, khususnya yang terjadi di Indonesia. Di kalangan kaum Muslimin, tidak
ada ikhtilaf sedikit pun, bahwa Tauhid atau aqidah Islamiyah adalah asas
tegaknya agama Islam. Jika
asas Tauhid ini runtuh atau rosak, maka akan runtuhlah bangunan agama Islam.
Mungkin Kerana menyedari pentingnya akidah Islam untuk menjaga ketahanan
masyarakat, JAKIM menyatakan:
"Kerajaan tidak pernah bersikap sambil lewa dalam hal-hal
yang berkaitan dengan akidah umat Islam. Segala pendekatan dan saluran
digunakan secara bersepadu dan terancang bermula dari pendidikan hinggalah ke
penguatkuasaan undang-undang semata-mata untuk melihat akidah umat Islam
terpelihara di bumi Malaysia". 9
Kalimat itu
boleh diertikan bahawa Kerajaan Malaysia akan bersikap sungguh-sungguh untuk
menghalangi masuknya fahaman-fahaman yang merosak akidah Islam. Kalimat setegas itu untuk menjaga
akidah Islam belum pernah secara resmi disampaikan oleh Kerajaan Indonesia.
Dalam Konstitusi Indonesia, Undang-undang Dasar 1945 pasal 29, disebutkan:
1.
Negara
berdasar atas Ketuhanan Yang Maha Esa dan
2.
Negara
menjamin kemerdekaan tiap-tiap penduduk untuk memeluk agamanya masing-masing
dan beribadah menurut agama dan kepercayaannya itu.
Jadi, tidak secara tegas negara
Indonesia menyatakan untuk melindungi akidah Islam. Sebab itu, di Indonesia
berbagai fahaman yang merosak akidah Islam berkembang dengan bebasnya, termasuk
yang disebarkan oleh tokoh-tokoh dan cendekiawan Muslim; bahkan ada yang
disebarkan oleh orang-orang yang disebut sebagai ulama dan kiyai. Tentunya hal
ini sangat merugikan dan boleh membawa kesan yang serius terhadap akidah umat
Islam yang awam, Kerana para tokoh, cendekiawan dan ulama itu dijadikan sebagai
contoh dan teladan bagi umatnya.
D.
Sekularisasi dan hadiah Kristian
Sebenarnya,
sejak Tamadun Barat menguasai dunia, kaum Muslimin di seluruh dunia Islam sudah
menghadapi masalah sekularisasi, dan kemudian juga liberalisasi Islam. Dua tamadun itu – Barat dan Islam –
memiliki perbedaan yang asasi dari segi pandangan hidup. Peradaban Barat yang
merupakan ramuan dari ajaran Kristian, filsafat Yunani, dan tradisi Romawi
memang bertentangan secara mendasar dengan pandangan hidup Islam. Kerana itu,
akan selalu terjadi “konfrontasi” antara Islam dengan Barat (permanent
confrontation). Barat akan selalu melihat Islam sebagai tentangan terhadap
pandangan hidup mereka. Tentang konflik abadi Islam-Barat ini, Naquib al-Attas
mencatat:
“The confrontation between Western culture and civilization
and Islam, from the historical religious and military levels, has now moved on
to the intellectual level; and we must realize, then, that this confrontation
is by nature a historically permanent one. Islam is seen by the West as posing
a challenge to its very way of life; a challenge not only to Western
Christianity, but also to Aristotelianism and the epistemological and
philosophical principles deriving from Graeco-Roman thought which forms the dominant
component integrating the key elements in dimensions of the Western worldview.”
10
Al-Attas juga menekankan, bahawa
dalam melihat ancaman Islam, Barat tidak bersikap pasif, tetapi sangat aktif
memerangi Islam dalam berbagai bidang. Dalam sebuah risalahnya kepada kaum
Muslimin, al-Attas mengingatkan:
“Shahadan, maka
sesungguhnya tiada hairan bagi kita jikalau agama Kristian Barat dan orang
Barat yang menjelmakan Kebudayaan Barat itu, dalam serangbalasnya terhadap
agama dan orang Islam, akan senantiasa menganggap Islam sebagai bandingnya,
sebagai tandingnya, sebagai taranya dan seterunya yang tunggal dalam usaha
mereka untuk mencapai kedaulatan duniawi. Dan kita pun tahu bahawa tiadalah
dapat Islam itu bertolak-ansur dalam menghadapi serangan Kebudayaan Barat,
justeru sehingga Kebudayaan Barat itu tentulah menganggap Islam sebagai
seterunya yang mutlak; dan kesejahteraannya hanya akan dapat terjamin dengan
kemenangannya dalam pertandingan mati-matian dengan Islam, sebab selagi Islam
belum dapat ditewaskan olehnya maka akan terus ada tanding dan seteru yang
tiada akan berganjak daripada mencabar dan menggugat kedaulatan serta faham
dasar-dasar hidup yang dida’yahkan olehnya itu.” 11
Agama Kristian, yang merupakan agama
majoriti daripada Tamadun Barat, telah lama tersekularkan atau ter-Barat-kan (Westernized
Christian) E.L. Mascall, dalam bukunya, The Secularization of
Christianity, menyatakan, “… that instead of converting the world to
Christianity they are converting Christianity to the World.” 12
Kerana itu, tidaklah menghairankan
jika kaum Kristian tidak memandang sekularisme sebagai ancaman bagi agama
mereka. Gereja tidak memandang sekularisme atau sekularisasi sebagai hal yang
selalu negatif. Menurut seorang tokoh Kristian di Indonesia, Tom Jacobs SJ,
"Revolusi Perancis bererti didirikannya negara sekular. Seluruh proses
ini, khususnya sekitar revolusi Perancis, tidak hanya terang bersifat
anti-Gereja, tetapi anti-agama, bahkan menjadi ateis.
Namun perkembangan ke arah
sekularisme atau sekularisasi sebetulnya belum berarti sesuatu yang
negatif." Tom Jacobs menjelaskan,
sekularisasi dapat dilihat sebagai usaha pemurnian agama dan reaksi terhadap
"sakralisasi" yang melampaui batas. Pada dasarnya, sekularisasi
sebagai usaha "desakralisasi" adalah suatu reaksi melawan kuasa
pimpinan Gereja, yang mau menguasai seluruh dunia. Maka akhirnya permasalahan
itu kembali kepada soal yang dirumuskan oleh Pope Gelasius I: Kerana Gereja
mengidentifikasikan diri dengan kuasa dunia, maka reaksi terhadap kuasa gereja
ini menjadi suatu proses melawan Gereja dan agama. 13
Arend Theodore van Leeuwen
mengatakan, bahawa penyebaran agama Kristian ke seluruh dunia membawa pesan
sekularisasi. Oleh kaum sekular Kristian, hubungan erat antara gereja dan
negara di abad pertengahan adalah kesalahan dan “pencerahan” (renaissance)
berhasil membawa misi sekularisasi Kristian ini kembali ke rel-nya. Secara
umum, sejarah revolusioner Barat sampai sekarang adalah melanjutkan proses
sekularisasi dan hal itu merupakan proses yang tak bisa dihentikan dan terus
berputar. Sebab itu, kata Leeuwen, budaya sekular merupakan hadiah Kristian
kepada dunia.14
E. Sekularisasi
dan Liberalisasi Islam di Indonesia
Sebagaimana di bagian dunia Islam
lainnya, wilayah Tamadun Melayu, juga tidak terlepas dari usaha sekularisasi
oleh Barat. Di Indonesia, usaha sekularisasi sudah dilakukan sebelum Indonesia
merdeka. Pada tahun 1930-an, Soekarno yang ketika itu belum menjadi Presiden
sudah menulis beberapa artikel yang mendukung sekularisasi yang dilakukan
Mustafa
Kemal Attaturk di Turki. Dalam Majalah
Pandji Islam nombor 12 dan 13 tahun 1940, Soekarno menulis sebuah
artikel berjudul “Memudakan Islam”. Menurut Soekarno langkah-langkah
sekularisasi yang dijalankan kemal Attaturk adalah tindakan “paling modern” dan
“paling radikal”. Katanya: “Agama dijadikan
urusan perorangan.
Bukan Islam itu dihapuskan oleh
Turki, tetapi Islam itu diserahkan kepada manusia-manusia Turki sendiri, dan
tidak kepada negara. Maka oleh Kerana itu, salahlah kita kalau kita mengatakan
bahwa Turki adalah anti-agama, anti-Islam. Salahlah kita, kalau kita samakan
Turki itu dengan, misalnya, Rusia.”
Mengutip Frances Woodsmall, Soekarno mencatat:
“The attitude of modern Turkey
towards Islam has been anti-orthodox, or anti-ecclesiatical, rather than
anti-religious… The validity of Islam as a personal belief has not been denied.
There has been no cessation of the services in the mosque, or rather religious
observances.”
Jadi, kata Soekarno, apa yang
dilakukan Turki sama dengan yang dilakukan negara-negara Barat. Di
negara-negara seperti Inggris, Perancis, Belanda, Belgia, Jerman, dan
lain-lain, urusan agama diserahkan kepada individu pemeluknya, agama menjadi
urusan pribadi, dan tidak dijadikan sebagai urusan negara, tidak dijadikan
sebagai agama resmi negara.
Pemikiran Soekarno itu ditentang
oleh tokoh-tokoh Islam seperti A. Hassan dan Mohammad Natsir. A. Hassan
mengritik keras pandangan Soekarno tentang sekularisme. Di Majalah yang sama ia
menulis artikel berjudul “Membudakkan Pengertian Islam”. Hassan menyebut logika
Soekarno sebagai “logika otak lumpur”.
Sebagian besar pejabat pemerintah Turki di masa Attaturk, menurut A.
Hassan, adalah pemabok, hobi dansa, dan pelaku berbagai kegiatan maksiat
lainnya. Tetapi, itulah yang justeru dipuji Soekarno sebagai tindakan paling
modern dan radikal. Mereka juga yang menghapus hukum-hukum Allah dari
masyarakat Turki.
Tulisan Arab diganti dengan Latin.
A. Hassan mencontohkan, di negara Rusia saja, orang Islam bebas salat di masjid
dan boleh berazan dalam bahasa Arab. Sedangkan di Turki, oleh Kemal Attaturk,
azan pun harus dilakukan dengan bahasa Turki. A. Hassan juga membantah logika
Soekarno bahwa pengaruh Islam di Turki hilang Kerana diurus oleh pemerintah.
Faktanya, penguasa Islam waktu itu
tidak menjalankan dan mengurus Islam sebagaimana semestinya diajarkan oleh
Islam. Bahkan, tak jarang, agama hanya dijadikan alat untuk mempertahankan
kekuasaan. Akan tetapi, kata A. Hassan, ini bukan berarti Islam tidak sanggup
mengurus negara.15
Usaha kelompok sekular di Indonesia
berhasil menggagalkan berdirinya negara Indonesia yang berdasarkan Islam. Dalam
sidang-sidang Badan Penyelidik Usaha Persiapan Kemerdekaan Indonesia (BPUPKI)
pada tahun 1945, kelompok nasionalis sekular terus berhadapan dengan kelompok
nasionalis Islam.
Kedua kelompok ini akhirnya
bersepakat membentuk Panitia Sembilan yang dipimpin oleh Soekarno dan pada
tanggal 9 Juli 1945 berhasil menyusun Piagam Jakarta. Piagam ini memuat kata-kata:
“Ketuhanan, dengan kewajiban menjalankan syariat Islam bagi pemeluknya (yang
kemudian dikenal dengan istilah “tujuh kata”. Soekarno mengatakan, bahawa
"tujuh kata" itu adalah "kompromi untuk menyudahi kesulitan
antara kita bersama." 16
Dalam sejarah perjalanan politik
Indonesia, kelompok sekular tetap berhasil mempertahankan dominasinya dalam
politik Indonesia, sejak kemerdekaan sampai zaman reformasi. Usaha-usaha untuk
menetapkan Islam sebagai agama resmi negara atau menerapkan syariat Islam dalam
kehidupan berbangsa dan bernegara senantiasa mengalami kegagalan.
Bahkan, setelah reformasi,
tokoh-tokoh Islam turut menolak dimasukkannya “tujuh kata” dari Piagam Jakarta
ke dalam konstitusi. Sebagai contoh, pada tanggal 10 Agustus 2000, tiga tokoh Islam
Indonesia, yaitu Ketua Umum PBNU KH Hasyim Muzadi, Ketua Pimpinan Pusat
Muhammadiyah Prof. Dr. Syafii Ma’arif, dan Prof. Dr. Nurcholish Madjid membuat
pernyataan bersama. Isinya: menolak masuknya Piagam Jakarta dalam pasal UUD
1945.
Ada tiga alasan yang dikemukakan:
1.
pencantuman
Piagam Jakarta akan membuka kemungkinan campur tangan negara dalam wilayah
agama yang akan mengakibatkan kemudharatan, baik bagi agama maupun pada negara
sebagai wilayah publik,
2.
dimasukkannya Piagam Jakarta akan membangkitkan
kembali prasangka-prasangka lama dari kalangan luar Islam mengenai “negara
Islam” di Indonesia,
3.
Dimasukkannya Piagam Jakarta bertentangan dengan
visi negara nasional yang memperlakukan semua kelompok di negeri iji secara
sederajat.17
Perubahan besar yang terjadi di
kalangan tokoh-tokoh Islam ini menunjukkan suksesnya gerakan sekularisasi di
Indonesia. Usaha ini dimulai oleh Nurcholish Madjid, yang ketika itu menjadi
Ketua Umum Pengurus Besar Himpunan Mahasiswa Islam (HMI), sebuah organisasi
mahasiswa Islam terbesar.
Pada tanggal 2 Januari 1970, dalam
diskusi yang diadakan oleh HMI, PII, GPI, dan Persami, di Menteng Raya 58,
Nurcholish Madjid membacakan makalah berjudul “Keharusan Pembaharuan Pemikiran
Islam dan Masalah Integrasi Umat”. Nurcholish
Madjid menulis dalam makalah itu: “… dengan sekularisasi tidaklah dimaksudkan
penerapan sekularisme dan merobah kaum muslimin menjadi kaum sekularis. Tapi
dimaksudkan untuk menduniakan nilai-nilai yang sudah semestinya bersifat
duniawi dan melepaskan ummat Islam dari kecenderungan untuk mengukhrowikannya.”
Dalam wawancara dengan Harian Kompas
tanggal 1 April 1970, Nurcholish mengatakan: “Orang yang menolak sekularisasi
lebih baik mati saja. Kerana sekularisasi adalah inherent dengan kehidupan
manusia sekarang di dunia ini (saeculum berarti jaman atau keadaan sekarang,
juga berarti dunia ini).
Dalam makalahnya yang lain, “Sekali
Lagi tentang Sekularisasi”, ia juga memaparkan pengertian sekularisasi. Agama
Islam, katanya, bila diteliti benar-benar dimulai dari proses sekularisasi
terlebih dahulu. Justeru ajaran Tauhid itu merupakan pangkal tolak proses
sekularisasi secara besar-besaran.
Nurcholish juga mengatakan: “Dari
tinjauan yang lebih prinsipil, konsep 'Negara Islam' adalah suatu distorsi
hubungan proporsional antara agama dan negara. Negara adalah salah satu segi
kehidupan duniawi yang dimensinya adalah rasional dan kolektif, sedangkan agama
adalah aspek kehidupan yang dimensinya spiritual dan peribadi."
Terhadap fikiran Nurcholish
tersebut, cendekiawan Muslim Indonesia, Prof. Rasjidi berkomentar
"kata-kata tersebut bukan kata-kata orang yang percaya kepada Quran, akan
tetapi merupakan kata orang yang pernah membaca Injil. Dalam Matheus 22-21
disebutkan: Render unto Caesar the things which are caesar' and unto God the
thing which are God's. Prof. Tahir
Azhary, pensyarah di Faulti Hukum Universiti Indonesia, juga menilai gagasan
pembaharuan Nurcholish mengarah kepada sekularisasi Islam, selain mengecewakan
umat Islam, menurut Azhary, Nurcholish juga tidak berhasil memahami bagaimana
sesungguhnya hubungan antara Agama Islam dan kehidupan kenegaraan dan
masyarakat.18
Meskipun mendapatkan tentangan keras
dari tokoh-tokoh Islam di Indonesia, fahaman sekularisasi Nurcholish Madjid
tetap berjalan dan membawa kesan yang besar terhadap para intelektual Muslim,
disebabkan kuatnya dukungan kerajaan Orde Baru dan mass media di Indonesia.
Nurcholish Madjid membungkus fahaman sekularisasinya dengan kata “pembaruan”.
Ia diberi sebutan oleh Majalah
Tempo sebagai "Penarik Gerbong Kaum Pembaharu".
Greg Barton juga menyebut perang
Nurcholish Madjid dan Abdurrahman Wahid sangat sentral dalam gerakan kaum
neo-modernis pada akhir tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an. Gerakan ini
mendapat sebutan berbagai nama, seperti "Pembaruan Pemikiran Islam",
"akomodasionis", "substansialis", "progresif",
dan "liberal". Mass media Barat, kadangkala menyebut Nurcholish
Madjid sebagai "voice of reason" (suara kebenaran) atau "heart
of his nation" (hati nurani bangsanya).
Greg Barton menjelaskan beberapa prinsip gagasan Islam Liberal:
(a)
Pentingnya konstekstualisasi ijtihad,
(b) Komitmen
terhadap rasionalitas dan pembaruan,
(c) Penerimaan terhadap pluralisme
sosial dan pluralisme agama-agama,
(d) Pemisahan agama dari partai politik
dan adanya posisi non-sektarian negara.
Menurut Barton, ada empat tokoh
Islam Liberal di Indonesia, iaitu Abdurrahman Wahid, Nurcholish Madjid, Ahmad
Wahib, dan Djohan Efendi.19 Tokoh-tokoh Islam Liberal di Indonesia
kemudiannya menjadikan sekularisasi sebagai program penting gerakan
liberalisasi Islam. Koordinator Jaringan Islam Liberal, Ulil Abshar Abdalla
mengatakan:
Islam liberal bisa menerima bentuk negara
sekuler... sebab, negara sekuler bisa menampung energi kesalehan dan energi
kemaksiatan sekaligus. 20
Aktivis Islam Liberal lainnya, Dr. Denny JA, juga menulis:
Sudah saatnya komunitas Islam Liberal di
Indonesia mengembangkan sebuah teologi tersendiri yang sah secara substansi dan
metodologi, yaitu Teologi Islam Liberal. Ini sebuah filsafat keagamaan yang
bersandar kepada teks dan tradisi Islam sendiri, yang memberi pembenaran kepada
sebuah kultur liberal. Dalam politik, teologi itu menjadi Teologi Negara
Sekular (TNS), yaitu sebuah filsafat keagamaan, yang menggali dari teks
dantradisi Islam, yang parallel atau membenarkan perlunya sebuah negara yang
sekular sekaligus demokratis.21
Jadi, perjuangan kelompok Islam Liberal di
Indonesia secara jelas mahu membentuk negara sekular. Mereka sudah menyatakan
secara terbuka dan mendapat dukungan yang kuat dari tokoh-tokoh Islam di
Indonesia. Hal inilah yang belum pernah terjadi dalam sejarah Islam di
Indonesia. Sebab, dulunya yang mengembangkan fahaman sekular bukanlah dari
kelompok-kelompok dan organisasi Islam, tetapi dari kelompok sekular atau
kebangsaan.
F. Menyanggah aqidah, syariah, dan al-Quran
Fahaman gerakan Islam Liberal bukan hanya
memperjuangkan negara sekular dan menolak syariat Islam, tetapi mereka juga
sudah menyanggah
aqidah Islam. Sebagai contoh, kelompok liberal Islam sering mengatakan, bahawa
Islam bukanlah satu-satunya agama yang benar. Semua agama adalah sama. Semuanya
boleh masuk syurga Allah SWT. Koordinator Jaringan Islam Liberal Ulil Abshar
Abdalla mengatakan:
Semua agama sama. Semuanya menuju jalan
kebenaran. Jadi, Islam bukan yang paling benar. 22
Jilbab intinya adalah mengenakan pakaian
yang memenuhi standar kepantasan umum (public decency).” … “Larangan kawin beda
agama, dalam hal ini antara perempuan Islam dengan lelaki non-Islam, sudah
tidak relevan lagi. 23
Prof. Dawam Rahardjo, seorang tokoh
Muhammadiyah Indonesia, membela keberadaan fahaman kelompok Ahmadiyah di
Indonesia. Dia mengatakan:
Ahmadiyah sama dengan kita .... Jadi kita
tidak bisa menyalahkan atau membantah akidah mereka, apapun akidah mereka itu.
Kita menyangka, akidah mereka menyimpang. Misalnya, mereka percaya kalau Mirza
Ghulam Ahmad adalah Nabi. Tapi kalau sudah menjadi kepercayaan mereka, mau apa?
Itu 'kan soal kerpercayaan. Itu 'kan sama saja dengan kita percaya pada Nabi
Muhammad saw. 24
Prof. Dr. Said Aqiel Siradj, ketua Syuriah Pengurus Besar NU,
mengatakan:
"Agama yang membawa misi Tauhid
adalah Yahudi, Nasrani (Kristian) dan Islam. Ketiga agama tersebut datang dari
Tuhan melalui seorang rasul dan nabi pilihan. Agama Yahudi diturunkan melalui
Musa, Nasrani diturunkan melalui 'Isa (Yesus), dan Islam melalui Muhammad.
Kedekatan ketiga agama samawi yang sampai saat ini masih dianut oleh umat manusia
itu semakin tampak jika dilihat dari genealogi ketiga utusan (Musa, 'Isa, dan
Muhammad) yang bertemu pada Ibrahim (Abraham). Ketiga agama tersebut mengakui
Ibrahim sebagai "the foundation father's" bagi agama taukhid.
Singkatnya, ketiga agama tersebut sama-sama memiliki komitmen untuk menegakkan
kalimah Tauhid... Dari ketiga macam Tauhid di atas, tauhid Kanisah Ortodoks
Syria tidak memiliki perbedaan yang berarti dengan Islam. 25
Cendekiawan Muslim terkenal yang juga
Ketua Umum Partai Kebangkitan Bangsa, Dr. Alwi Shihab mengatakan:
Prinsip lain yang digariskan oleh Al
Quran, adalah pengakuan eksistensi orang-orang yang berbuat baik dalam setiap
komunitas beragama dan, dengan begitu, layak memperoleh pahala dari Tuhan.
Lagi-lagi, prinsip ini memperkokoh ide mengenai pluralisme keagamaan dan
menolak eksklusivisme. Dalam pengertian lain, eksklusivisme keagamaan tidak
sesuai dengan semangat Al Quran. Sebab Al Quran tidak membeda-bedakan antara
satu komunitas agama dari lainnya. 26
Dr. Abdul Munir Mulkhan, wakil sekretaris Pimpinan Pusat
Muhammadiyah, mengatakan:
Jika semua agama memang benar
sendiri, penting diyakini bahwa surga Tuhan yang satu itu sendiri terdiri
banyak pintu dan kamar. Tiap pintu adalah jalan pemeluk tiap agama memasuki
kamar surganya. Syarat memasuki surga ialah keikhlasan pembebasan manusia dari
kelaparan, penderitaan, kekerasan dan ketakutan, tanpa melihat agamanya. Inilah
jalan universal surga bagi semua agama. Dari sini kerjasama dan dialog pemeluk
berbeda agama jadi mungkin.27
Ucapan-ucapan itu disampaikan oleh
tokoh-tokoh dan cendekiawan Islam terkenal di Indonesia yang juga pengurus
organisasi-organisasi Islam yang penting, dan bukan oleh orang awam, atau
masyarakat umum, atau pendeta Kristian. Sebab itu, boleh dikatakan, telah
terjadi suatu perkembangan besar dalam pemikiran Islam di Indonesia.
Ulil Abshar Abdalla adalah Koordinator
Jaringan Islam Liberal (Islib) Indonesia, dan juga Ketua Lakpesdam NU (Lembaga
Kajian dan Pengembangan Sumber Daya Manusia Nahdhatul ‘Ulama). NU adalah
Organisasi Islam terbesar di Indonesia. Prof. Dawam Rahardjo adalah wakil ketua
Pimpinan Pusat Muhammadiyah yang juga Presiden International Institute of
Islamic Thought/IIIT Indonesia. Prof. Dr. KH Said Aqil Siradj adalah Ketua Syuriah
NU yang juga Direktur Pasca Sarjana Universitas Islam Malang (Jawa Timur).
Dr. Alwi Shihab adalah cendekiawan Muslim
terkenal lulusan al-Azhar University dan Temple University, yang sekarang juga
Ketua Umum DPP Partai Kebangkitan Bangsa. Sedangkan Dr. Abdul Munir Mulkhan,
selain tokoh Muhammadiyah juga dosen agama dan penulis artikel di serta buku di
beberapa mass media di Indonesia. Di samping mereka, masih ada lagi ratusan
aktivis organisasi Islam dan penulis-penulis yang aktif menyebarkan fahaman
liberal Islam di Indonesia.
Sebelum tokoh-tokoh itu berbicara
tentang fahaman “persamaan agama” (yang mereka sebut dengan pluralisme agama),
sudah ada tokoh-tokoh lain yang berbicara hal yang sama. Kiyai Haji Abdurrahman
Wahid, apabila menjadi Presiden Indonesia, pernah berpidato dalam malam Perayaan Natal
Bersama, tanggal 27 Desember 1999:
Bagi saya, peringatan Natal adalah
peringatan kaum Muslimin juga. Kalau kita konsekuen sebagai seorang Muslim
merayakan hari kelahiran Nabi Muhammad saw, maka adalah harus konsekuen
merayakan malam Natal. 28
Tokoh gerakan sekularisasi di
Indonesia, Nurcholish Madjid, juga tidak hanya berpendapat dalam bidang
sosial-politik, tetapi juga mempromosikan Teologi Inklusif. Pendapatnya ditulis
oleh Sukidi dalam sebuah buku berjudul “Teologi Inklusif Cak Nur”. Cak Nur
adalah sebutan untuk Nurcholish Madjid. Ditulis dalam buku tersebut:
"Bangunan epistemologis teologi inklusif Cak Nur diawali
dengan tafsiran al-islam sebagai sikap pasrah ke hadirat Tuhan. Kepasrahan ini,
kata Cak Nur, menjadi karakteristik pokok semua agama yang benar. Inilah world
view Al Quran, bahwa semua agama yang
benar adalah al-islam, yakni sikap berserah diri kehadirat Tuhan (QS
29:46)_ "Dalam konteks inilah, sikap pasrah menjadi kualifikasi signifikan
pemikiran teologi inklusif Cak Nur. Bukan saja kualifikasi seorang yang
beragama Islam, tetapi "muslim" itu sendiri (secara generik) juga
dapat menjadi kualifikasi bagi penganut agama lain, khususnya para penganut
kitab suci, baik Yahudi maupun Kristian. Maka konsekuensi secara teologis bahwa
siapa pun di antara kita - baik sebagai orang Islam, Yahudi, Kristian, maupun
shabi'in --, yang benar-benar beriman kepada Tuhan dan Hari Kemudian, serta
berbuat kebaikan, maka akan mendapatkan pahala di sisi Tuhan ... (QS 2:62,
5:69). Dengan kata lain, sesuai firman Tuhan ini, terdapat jaminan teologis
bagi umat beragama, apa pun "agama"-nya, untuk menerima pahala
(surga) dari Tuhan. Bayangkan betapa inklusifnya pemikiran teologi Cak Nur
ini." 29
Lebih jauh, konsep inklusivisme dan
pluralisme Nurcholish Madjid itu bukan semata wacana, tetapi sudah
dieksperimenkan di sekolah-sekolah Paramadina (Madania School), mulai SD-SMU.
Secara sederhana, kata Budhi Munawar Rachman, tokoh Paramadina, wawasan
aplikasi konsep pluralisme di sekolah-sekolah Paramadina, dimulai dengan
menghormati orang yang berbeda agama dan tidak menghina mereka. Orang yang
berbeda agama lantas tidak diklaim "kafir". Juga tidak menyebut agama
lain itu sesat dan menyesatkan. Dari situlah dimulai langkah pertama untuk bisa
menerima friendship dan partnership dalam suatu kenyataan bernama sekolah. 30
Konsep Teologi
Inklusif atau Pluralis yang mengakui kebenaran semua agama – seperti yang
disampaikan para tokoh Islam di Indonesia itu jelas-jelas bercanggah dengan
konsep Tauhid Islam, yang secara tegas disebutkan dalam al-Quran:
"Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah
Islam" (QS Ali Imran: 19).
"Barangsiapa mencari agama selain
dari agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu)
daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi. (QS Ali Imran: 85).
Mencermati fenomena
sekularisasi-liberalisasi di Indonesia seperti itu, boleh dikatakan bahawa
negara Muslim terbesar di dunia itu sedang mengalami proses penghancuran aqidah
secara besar-besaran. Cuba bayangkan, sebagai contoh, pada tahun 1981, diterbitkan
sebuah buku berjudul Pergolakan Pemikiran Islam: Catatan Harian Ahmad Wahib.
Di antara isinya ada kata-kata Ahmad Wahib:
Wah, andaikata hanya
tangan kiri Muhammad yang memegang kitab, yaitu al-Hadits, sedang dalam tangan
kanannya tidak ada Wahyu Allah (Alquran), maka dengan tegas aku akan berkata
bahwa Karl Marx dan Frederich Engels lebih hebat dari utusan Tuhan itu. Otak
kedua orang itu yang luar biasa dan pengabdiannya yang luar biasa pula, akan
meyakinkan setiap orang bahwa kedua orang besar itu adalah penghuni sorga
tingkat pertama, berkumpul dengan para nabi dan syuhada.31
Apa yang terjadi seketika itu? Majelis
Ulama Indonesia meminta pemerintah melarang buku Ahmad Wahib itu. Tetapi,
penerbitan buku tersebut dibela oleh Prof. Dr. Mu’thi Ali, bekas Menteri Agama
Indonesia, yang waktu itu juga rektor IAIN Yogyakarta.
Prof. Dr. Rasjidi menyatakan, terbitnya
buku itu merupakan tragedi bagi umat Islam. Sekarang, tahun 2003, buku itu
dicetak kembali, kerjasama antara LP3ES dengan Freedom Institute. Buku itu
dipromosikan secara besar-besaran, begitu juga dengan fahaman Ahmad Wahib yang
sangat bertentangan dengan aqidah Islam:
Tanggal 7 Maret 2003, Harian Kompas menulis berita:
Freedom Institute - sebuah lembaga kajian independen yang bergerak
dalam pengembangan kebebasan berpikir - dan HMI Cabang Ciputat menyelenggarakan
sayembara penulisan esai tentang pemikiran keislaman Ahmad Wahib. Ahmad Wahib
(1943-1971) adalah aktivis HMI dari Universitas Gadjah Mada (UGM) di akhir
tahun 1960-an. Dia dikenal luas setelah buku catatan hariannya diterbitkan oleh
LP3ES pada tahun 1981, dengan judul Pergolakan Pemikiran Islam. Dalam buku
tersebut, terakam sosok Wahib sebagai aktivis Islam yang bergulat dengan tema
Islam, modernitas, dan keindonesiaan, dengan perspektif yang liberal,
progresif, dan terbuka._ Pemenang penulisan itu akan mendapati hadiah Rp 30
juta.
Itulah yang terjadi di Indonesia
sekarang. Fahaman-fahaman yang salah dan bertentangan dengan aqidah Islam,
malahan dipromosikan dan disebar-luaskan ke tengah masyarakat secara bebas,
melalui buku, jurnal, TV, radio, akhbar, dan sebagainya. Akan tetapi, yang
diserang oleh kelompok Islam Liberal bukan hanya aqidah dan syariat Islam,
melainkan juga al-Quran. Kelompok ini memiliki program untuk menerbitkan
al-Quran Edisi Kritis, Kerana al-Quran yang sekarang, yaitu Mushaf Utsmani,
mereka anggap masih perlu diragukan validitasnya. Taufik Adnan Amal, pensyarah
mata kuliah ulumul Quran di IAIN Alauddin Makassar, menulis satu paper berjudul
Edisi Kritis al-Quran, yang isinya menyatakan:
Uraian dalam
paragraf-paragraf berikut mencoba mengungkapkan secara ringkas proses
pemantapan teks dan bacaan Alquran, sembari menegaskan bahwa proses tersebut
masih meninggalkan sejumlah masalah mendasar, baik dalam ortografi teks maupun
pemilihan bacaannya, yang kita warisi dalam mushaf tercetak dewasa ini. Kerana itu, tulisan ini juga akan
menggagas bagaimana menyelesaikan itu lewat suatu upaya penyuntingan edisi
kritis Alquran. 32
Istilah Quran
Edisi Kritis adalah istilah yang sudah mapan di kalangan orientalis yang
menekuni bidang al-Qur'an dan merujuk kepada usaha mereka untuk membongkar
Mushaf Uthmani, baik dari segi susunan surah-surahnya, kronologinya, qiraahnya,
jumlah surah dan ayat-ayatnya dan lain-lain. Mereka ingin melakukan dekonstruksi terhadap Mushaf Uthmani.
Dr. Ugi Suharto, pensyarah di
ISTAC-IIUM telah menyanggah rencana kelompok Islam Liberal ini. Menurut Dr. Ugi
Suharto, upaya para orientalis itu sudah gagal dan orientalis sekarang sudah
tidak berminat lagi untuk membentuk Quran Edisi Kritis. Encyclopaedia of the
Qur'an, Leiden 2001, 1: 420b. menulis:
"Hence, the battle for a
critical edition of the text of the Qur'an including most notably a
chronological ranking of the suras (SEE CHRONOLOGY AND THE QUR'AN), is not as
persistent as it was in the period between T. Noldeke and R. Blachere." 33
G. Misionari Kristian
Umat Islam yang
berada di wilayah Tamadun Melayu seharusnya boleh belajar dari sejarah
umat-umat terdahulu, utamanya sejarah agama Kristian di Eropa. Agama Kristian boleh dikatakan
sebagai salah satu “korban” Westernisasi dan hegemoni peradaban Barat. Akibat
liberalisasi dan sekularisasi di Barat, agama Kristian telah menjadi mangsa
yang teruk.
Anehnya, setelah tidak berkembang di
Barat, agama Kristian ini diekspot ke negara-negara Islam. Padahal, di
negara-negara Barat, agama Kristian sudah tinggal nama, tidak menjadi pedoman
hidup masyarakat di sana. Bahkan masyarakat Barat sudah banyak yang secara
terbuka menyatakan dirinya tidak beragama atau atheis atau agnostis.
Di Amsterdam, Belanda, sebagai
misal, 200 tahun lalu, 99% penduduknya beragama Kristian. Sekarang, hanya
tersisa 10% saja yang dibaptis dan ke gereja. Sebahagian besar mereka sudah
tidak terikat lagi dalam agama atau sudah menjadi sekular. Di Perancis, yang
95% penduduknya tercatat beragama Katholik, hanya 13%nya saja yang menghadiri
kebaktian di gereja seminggu sekali. Pada 1987, di Jerman, menurut laporan
Institute for Public Opinion Research, 46% penduduknya mengatakan, bahawa
“agama sudah tidak diperlukan lagi.” Di Finland, yang 97% Kristian, hanya 3%
saja yang pergi ke gereja tiap minggu.
Di Norway, yang 90% Kristian, hanya setengahnya saja yang
percaya pada dasar-dasar kepercayaan Kristian. Juga, hanya sekitar 3% saja yang
rutin ke gereja tiap minggu.
Masyarakat Kristian Eropa juga
tergila-gila pada aktiviti mistis, mengalahkan kepercayaan mereka pada pendeta
atau imam Katholik. Di Jerman Barat – sebelum bersatu dengan Jerman Timur --
terdapat 30,000 pendeta. Tetapi jumlah peramal (dukun klnik/witchcraft)
mencapai 90,000 orang.
Di Perancis terdapat 26,000 imam
Katholik, tetapi jumlah peramal bintang (astrologi) yang terdaftar mencapai
40,000 orang. Fenomena Kristian Eropa menunjukkan, agama Kristian kalah dalam
menghadapi serbuan arus budaya Barat yang didominasi nilai-nilai liberalisme,
sekularisme, dan hedonisme. Serbuan praktik mistis juga tidak mampu dibendung.
Di beberapa gereja, arus
liberalisasi mulai datang dengan kuat. Misalnya, gereja mulai menerima
praktik-praktik homoseksualiti. Eric James, seorang pejabat gereja Inggeris,
dalam bukunya berjudul “Homosexuality and a Pastoral Church” mengimbau agar
gereja memberikan toleransi pada kehidupan homoseksual dan mengizinkan
perkahwinan homoseksual antara pria dengan pria atau wanita dengan wanita.34
Negara Belanda sekarang sudah
menjadi satu-satunya negara yang melakukan “revolusi jingga”, Kerana secara
resmi telah mengesahkan perkahwinan sejenis. Parlimen Jerman masih terus
memperdebatkan undang-undang serupa. Di berbagai negara Barat, praktik
homoseksual bukanlah dianggap sebagai kejahatan. Begitu juga praktik-praktik
perzinaan, minuman keras, pornografi, dan sebagainya. Barat tidak mengenal
sistem dan standard nilai (baik-buruk) yang pasti. Semua serba relatif;
diserahkan kepada “kesepakatan” dan “kepantasan” umum yang berlaku.
Maka, orang
berzina, minum alkohol, mempertontonkan aurat, dan sejenisnya bukanlah
dipandang sebagai suatu kejahatan, kecuali jika masyarakat menganggapnya jahat.
Itulah yang kini melanda masyarakat
Muslim. Masyarakat lebih hormat kepada selebriti daripada kepada ulama.
Negara sangat menghormati selebriti
dan pemain olah raga (sukan) dibandingkan kaum intelektual. (Di Indonesia,
Presiden mau menerima pemenang ratu kecantikan sedunia, tetapi tidak menerima
pemenang olimpiade fisika internasional). Kondisi seperti ini, serupa dengan
apa yang digambarkan Rasulullah saw, dalam sebuah haditsnya:
Akan datang suatu zaman di mana
tidak tersisa dari Islam, kecuali tinggal namanya saja; tidak tersisa dari
al-Quran kecuali tinggal tulisannya saja; masjid-masjid mereka megah, tetapi
jauh dari petunjuk Allah; ulama-ulama mereka menjadi manusia-manusia yang
paling jahat yang hidup di bawah kolong langit; dari mulut mereka keluar fitnah
dan akan kembali kepada mereka. (HR Baihaqi)
Kerosakan-kerosakan yang terjadi
pada masyarakat Kristian Barat itu telah dan sedang diekspot berterusan kepada
masyarakat Muslim. Di wilayah Tamadun Melayu boleh disaksikan kerosakan akhlak
masyarakat yang semakin teruk. Perjudian, pornografi, prostitusi, minuman
keras, dan aktiviti free sex dianggap hal biasa oleh masyarakat, bahkan
didukung oleh tokoh-tokoh masyarakat. Di Indonesia, pada tahun 2003, terjadi
kes Inul Daratista, seorang penyanyi dan penari lucah.
Meskipun Majelis Ulama Indonesia
menentang show Inul, tetapi KH Abdurrahman Wahid, penasihat Pengurus Besar NU,
mendukung Inul. Hampir semua mass media juga mendukung Inul sehingga show Inul
tetap berjalan dan Inul semakin terkenal. Kekalahan ulama dalam kes Inul ini
menunjukkan, bahawa sebagian besar masyarakat sudah semakin tidak peduli dengan
nasihat ulama, sehingga mereka lebih menurutkan hawa nafsunya. Ini juga tidak
lepas dari peranan seorang ulama juga, iaitu KH Abdurrahman Wahid. 35
Berkembangnya
sekularisasi-liberalisasi di dunia Islam seharusnya disikapi sebagai “ancaman”
bagi umat Islam. Sebab, sejatinya, inilah cara efektif menghancurkan Islam. Di
saat sekularisasi-liberalisasi Islam terjadi, misi Kristian di dunia Islam
terus berjalan. Misi Kristian di dunia Islam sudah belajar dari sejarah Perang
Salib, bahawa umat Islam tidak dapat dikalahkan, sebelum pemikiran mereka
dihancurkan. Henry Martyin, seorang missionari Kristian terkenal menyatakan, “I
come to meet the Moslems, not with arms but with words, not by force but by
reason, not in hatred but in love.” 36
Kristianisasi di Indonesia juga
sering dilakukan dengan cara-cara jahat dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran
untuk memurtadkan kaum Muslim. Sebagai contoh, ditemukan sejumlah buku dan
brosur missionari Kristian yang menggunakan judul-judul Islam, untuk menipu
umat Islam. Misalnya, buku-buku karangan Pendeta R. Mohammad Nurdin yang
berjudul:
|
|
Kebenaran
Yang Benar (Asshodiqul Mashduq),
|
|
|
Keselamatan
Di dalam Islam,
|
|
|
Selamat
Natal Menurut Al-Qur’an,
|
|
|
Rahasia
Allah Yang Paling Besar,
|
|
|
Ya Allah
Ya Ruhul Qudus,
|
|
|
Aku
Selamat Dunia dan Akhirat
|
Juga buku Upacara Ibadah Haji karya H. Amos, dan buku-buku karya
Pendeta A. Poernama Winangun yang berjudul seperti Riwayat Singkat Dan
Pusaka Peninggalan Nabi Muhammad, Ayat-ayat Al-Qur’an Yang Menyelamatkan.
Misi Kristian juga menggunakan brosur-brosur yang menggunakan nama-nama
Islam, seperti Brosur: Membina Kerukunan Hidup Antara Umat Beragama, Yang
dikeluarkan oleh Dakwah Ukhuwah (P.O. BOX 1272/JAT Jakarta 13012). Cara-cara
merosak Islam seperti ini lebih vulgar dari apa yang dilakukan Zwemmer,
meskipun sejenis. Zwemmer menulis buku berjudul “Islam: A Challenge to Faith” (terbit pertama tahun
1907). Ia menyebut bukunya sebagai “studies on the Mohammedan religion and
the needs and opportunities of the Mohammedan World From the standpoint of
Christian Missions”.
Ada indikasi kuat, misi Kristen juga
menggunakan penyebaran faham “pluralisme”. Indikasi ini bisa dilihat pada kes
Ahmad Wahib yang diasuh oleh dua orang Pastor Katholik, iaitu H.C. Stolk dan
Willenborg selama beberapa tahun, yang menjadikan Ahmad Wahib seorang pluralis.
Ahmad Wahib berkata:
“Dalam Gereja mereka, Tuhan adalah pengasih dan sumber
segala kasih. Sedang di masjid atau langgar-langgar, dalam ucapan da’i-da’i
kita, Tuhan tidak lebih mulia dari hantu yang menakutkan dengan neraka di
tangan kanannya dan pecut api di tangan kirinya… Kami saling menghormati dalam
dialog kerana sama-sama penganut pluralisme… Aku tak tahu, apakah Tuhan sampai
hati memasukkan dua orang bapakku itu ke dalam api neraka. Semoga Tidak” 37
Bagi para missionari Kristian,
mengKristiankan kaum Muslim adalah satu kewajiban. Dalam laporan tentang
“Centenary Conference on the Protestant Missions of the World” di London tahun
1888, tercatat ucapan Dr. George F. Post:
“We must meet Pan-Islamism with
pan-Evangelism. It is a fight for life… we must go into Arabia; we must go into
the Soudan; we must go into central Asia; and we must Christianize these people
or they will march over their deserts, and they will sweep like a fire that
shall devour our Christianity and destroy it.” 38
Umat Islam harusnya belajar dari
sejarah. Kristianisasi bukan hanya dilakukan dengan cara konversi agama, tetapi
juga menjauhkan umat Islam dari ajaran Islam. Penyebaran faham pluralisme
teologis oleh kelompok-kelompok dan universiti-universiti Kristian/Katholik,
dapat dilihat dalam kerangka untuk menjauhkan umat Islam dari agamanya.
Wilayah Tamadun Melayu, sebagaimana
bagian dunia Islam lainnya, sejatinya belum terlepas dari cengkeraman
imperialisme Barat, yang sekarang berbentuk imperialisme pemikiran, ekonomi,
politik, dan budaya. Sebab itu, seperti di zaman kolonial fisikal dahulu, misi
Kristian masih diperlukan untuk mempertahankan hegemoni kaum Imperialis. Di
masa penjajahan, penjajah Kristian selalu bekerjasama dengan missionari
Kristian untuk mempertahankan kekuasaannya. Dua tokoh Kristian Belanda yaitu
Alb C. Kruyt (tokoh Nederlands bijbelgenootschap) dan OJH Graaf van
Limburg Stirum mengatakan:
“Bagaimanapun juga Islam harus dihadapi, kerana semua yang
menguntungkan Islam di Kepulauan ini akan merugikan kekuasaan pemerintah Hindia
Belanda. Dalam hal ini diakui bahwa kristenisasi merupakan faktor penting dalam
proses penjajahan dan zending Kristen merupakan rekan sepersekutuan bagi
pemerintah kolonial, sehingga pemerintah akan membantu menghadapi setiap
rintangan yang menghambat perluasan zending.” 39
Di wilayah Indonesia, Kristenisasi
telah berjalan sukses sehingga banyak mendapatkan pengikut, sebab sejak dulu, Indonesia dianggap sebagai lahan
subur untuk Kristenisasi. Berkhof
menyatakan, “Indonesia adalah suatu daerah Pekabaran Injil yang diberkati
Tuhan dengan hasil yang indah dan besar atas penaburan bibit Firman Tuhan.” 40
Tahun 1999, Persekutuan Gereja-gereja Indonesia (PGI) menyebutkan, bahawa
jumlah orang Kristian (Protestan) di Indonesia sudah lebih dari 20%.
Dan itu adalah akibat “terjadinya
pembaptisan-pembaptisan massa di berbagai tempat”. 41 Data resmi
umat Protestan di Indonesia tahun 1990 adalah 6%. Data bahawa umat Kristen
sudah lebih dari 20 persen juga dikeluarkan Global Evangelization Movement
Database, yang menyatakan, jumlah orang Kristian di Indonesia sudah lebih
dari 40 juta. Secara internasional, jumlah umat Kristen setiap tahun meningkat
6.9%, sehingga sekarang jumlahnya sudah mencapai 2 billion jiwa lebih.42
BAB
III
KESIMPULAN
Sebagaimana
dijelaskan terdahulu, gerakan sekularisasi dan liberalisasi Islam di wilayah
tamadun Melayu, khususnya di Indonesia, telah berjalan dengan sangat serius dan
mengkhuatirkan, Kerana gerakan itu telah mendapat sokongan dari tokoh-tokoh dan
para cendekiwan Muslim.
Negara-negara Barat juga sangat
bersetuju dengan gerakan sekular-liberal tersebut, dengan memberikan sokongan
dana melalui yayasan-yayasan seperti Ford Foundation, Asia Foundation, Sorosh
Foundation, dan sebagainya. Umat Islam yang tidak bersetuju dengan gerakan
Islam Liberal, dimasukkan ke dalam golongan Islam Radikal, yang dibuat imej
seakan-akan golongan ini adalah kelompok fundamentalis, militan, yang dekat
dengan teroris (pengganas).
Tokoh
Muhammadiyah Prof. Dawam Rahardjo, sebagai misal, menulis sebuah artikel di
Majalah TEMPO (edisi 12 Januari 2003, yang diberi judul “Islam Radikal Vs Islam
Liberal”, yang membela Koordinator Jaringan Islam Liberal, Ulil Abshar Abdalla.
Dawam mengatakan: “… menurut hemat
saya, Ulil justeru mengangkat wahyu Tuhan di atas syariat.”
Padahal, seperti disebutkan
sebelumnya, Ulil menulis: “Jilbab intinya adalah mengenakan pakaian yang
memenuhi standar kepantasan umum (public decency) … Larangan kawin beda
agama, dalam hal ini antara perempuan Islam dengan lelaki non-Islam, sudah
tidak relevan lagi.” Apabila ucapan
yang jelas-jelas salah dibela dan dikatakan meninggikan wahyu Tuhan,
bagaimanakah kesan yang akan terjadi kepada orang-orang awam?
Inilah musibah besar yang sedang
melanda wilayah Tamadun Melayu, khususnya di wilayah Indonesia. Mungkin,
peristiwa-peristiwa seperti itu belum terjadi di wilayah Tamadun Melayu yang
lain, tetapi dengan kedudukan Indonesia sebagai negeri Muslim terbesar di
dunia, dan perkembangan pemikiran Islam serta kebebasan pers yang luas, bukan
mustahil, peristiwa sejenis akan menimpa wilayah Tamadun yang lain. Sebab itu,
adalah sangat strategis dan baik jika wilayah Tamadun Melayu lainnya, seperti
Malaysia, bersiap-siap dan berjaga-jaga, agar peristiwa serupa yang terjadi di
Indonesia tidak masuk ke negeri ini. Apalagi, kerajaan Malaysia sudah mempuyai
sikap yang tegas untuk melindungi akidah umat Islam agar senantiasa terpelihara
di bumi Malaysia:
Kerajaan tidak pernah bersikap sambil lewa
dalam hal-hal yang berkaitan dengan akidah umat Islam. Segala pendekatan dan
saluran digunakan secara bersepadu dan terancang bermula dari pendidikan
hinggalah ke penguatkuasaan undang-undang semata-mata untuk melihat akidah umat
Islam terpelihara di bumi Malaysia. (JAKIM)
Allah SWT juga sudah memperingatkan,
supaya kaum Muslimin senantiasa berwaspada terhadap segala serangan, dari mana
juga datangnya.
Hai orang-orang yang beriman,
bersabarlah dan perkuatkanlah kesabaranmu, dan bersiapsiagalah senantiasa, agar
kamu mendapatkan kemenangan. (QS Ali Imran: 200)
Wallahu a’lam.
DAFTAR
PUSTAKA
RUJUKAN
Abdul Munir Mulkhan, Ajaran dan Jalan Kematian Syekh Siti
Jenar, Kreasi Wacana, Yogyakarta, 2002.
Adian Husaini, Gus Dur Kau Mau Kemana: Telaah Kritis Atas
Pemikiran dan Politik Keagamaan Presiden Abdurrahman Wahid, DEA Press,
Jakarta, 2000.
Adian Husaini, Penyesatan Opini, Gema Insani Press,
Jakarta, 2002.
Ahmad Wahib, Pergolakan Pemikiran Islam: Catatan Harian Ahmad
Wahib, LP3ES, 2003.
Alwi Shihab, Islam Inklusif: Menuju Sikap Terbuka dalam
Beragama, 1997.
Aqib Suminto, Politik Islam Hindia Belanda, LP3ES,
Jakarta, 1985.
Bambang Noorsena, Menuju Dialog Teologis Kristen-Islam, Yayasan
Andi, Yogyakarta, 2001.
Banawiratma SJ (ed), Gereja dan Masyarakat,
Kanisius, Yogyakarta, 1994.
Bernard Lewis, Islam and the West, Oxford University
Press, New York, 1993.
Greg Barton, Gagasan
Islam Liberal di Indonesia, Paramadina,
Jakarta, 1999.
Herlianto, Gereja Modern, Mau Kemana? Yabina, Bandung, 1995.
H. Berkhof, Sejarah Gereja, BPK Gunung Mulia,
Jakarta, 1990.
Lukman Hakiem (ed), Fakta dan Data, Media Dakwah,
Jakarta, 1991.
Luthfie Assyaukani (ed), Wajah Liberal Islam di Indonesia,
Jaringan Islam Liberal, Jakarta, 2002.
Marvin Perry, Western Civilization A Brief History,
Houghton Mifflin Company, Boston-New York, 1997
M. Sukru Hanioglu, The Young Turks In Position, Oxford
University Press, 1995.
Mark Jurgensmayer, Menentang Negara Sekular, Mizan,
Bandung, 1998.
M. Thalib dan Haris Fajar, Dialog Bung Karno-A. Hassan,
Sumber Ilmu, Yogyakarta, 1985.
Muhammad Tahir Azhary, Negara Hukum, Bulan Bintang,
Jakarta.
Paul Findley, Deliberate Deceptions-Facing the Facts
about the US-Israeli Relationship, Lawraence Hill Books, New York, 1993.
S.M. Imamuddin, A Political History of Muslim Spain,
S.M. Shahabuddin, Pakistan, 1969.
Sukidi, Teologi Inklusif Cak Nur, Kompas, 2001.
Samuel M. Zwemmer, Islam:
A Challenge to Faith, Darf Publisher Limited, London, 1985.
Samuel P. Huntington, Clash of Civilizations and the
Remaking of World Order, Touchtone Books, New York, 1996.
Sekretariat Negara RI, Risalah Sidang BPUPKI dan
PPKI, 1995.
Syed Muhammad Naquib al-Attas, Islam and Secularism,
ISTAC, Kuala Lumpur, 1993.
Syed Muhammad Naquib al-Attas, Risalah untuk Kaum
Muslimin, ISTAC, Kuala Lumpur, 2001.
Victor Silaen (ed), Gereja dan Reformasi, Yakoma-PGI,
Jakarta, 1999.
1 Samuel P. Huntington, Clash of
Civilizations and the Remaking of World Order, Touchtone Books, New York,
1996, hal. 47; Bernard Lewis, Islam and the West, Oxford University
Press, New York, 1993.
2 Marvin
Perry, Western Civilization A Brief History, Houghton Mifflin Company,
Boston-New York, 1997, hal. 9.
3
Ibid, hal. 15
4 Syed Muhammad Naquib al-Attas, Islam
and Secularism, ISTAC, Kuala Lumpur, 1993, hal. 169-179. Angka 100 juta itu
disebut al-Attas pada tahun 1969, saat ia menerbitkan bukunya Preliminary
Statement on a General Theory of Islamizatin of the Malay-Indonesian
Archipelago. Tahun 2003, jumlah Muslim di kepulauan itu sudah lebih dari 200
juta jiwa. Penduduk Muslim Indonesia
sahaja, ada sekitar 180 juta jiwa.
5 Ibid, hal. 178. Di
Indonesia, sampai sekarang, beberapa suku bangsa masih tetap identik dengan
Islam, seperti suku bangsa Aceh, Betawi, Minangkabau, Bugis, Makasar, Sunda,
Madura, Palembang, dan sebagainya. Keidentikan inilah yang diusahakan untuk
dipisahkan oleh gerakan misionaris Kristian di Indonesia, sejak zaman
penjajahan Belanda sampai sekarang. Sebagai contoh, di Indonesia ada Yayasan
Doulos yang secara aktif berusaha mengKristiankan suku Sunda. Pada tanggal 16
Agustus 1999, Komplek Yayasan ini diserang kaum Muslimin, dan tidak diizinkan
dibuka kembali oleh pemerintah, kerana melanggar berbagai peraturan kerajaan
Indonesia. (Majalah Media Dakwah, edisi Desember 1999). Namun, usaha
misionari Kristian ini cukup berhasil. Di Sumatera Barat, misalnya, usaha
Kristianisasi dilakukan dengan sungguh-sungguh oleh Yanuka (Yayasan
Nurkalimatullah dan Perkantas), dan hingga sekarang sudah ada sekitar 80
pendeta dari suku Minang, yang aktif menyebarkan Kristian ke masyarakat
Minang).
6 S.M. Imamuddin, A Political History of Muslim Spain,
S.M. Shahabuddin, Pakistan, 1969, hal. 321-323. (Kes penguasa-penguasa Muslim
Sepanyol yang meminta perlindungan dan bantuan kepada kaum Kristian untuk
meraih kekuasaan – dengan mengalahkan kaum Muslim lainnya – perlu untuk
diperhatikan dan dijadikan pelajaran, kerana ada ayat al-Quran yang menjelaskan
tentang hal seperti ini, seperti QS al-Maidah:51-52. Ayat ini melarang kaum
Muslim menjadikan Yahudi dan Nasrani sebagai wali – teman kepercayaan,
pelindung, penolong, dan sebagainya.
Mungkin, dengan menjadikan non-Muslim sebagai wali, mereka akan
mendapatkan kesenangan dan kemenangan
duniawi sementara, tetapi hakikatnya, dalam jangka panjang, tindakan itu justru
menghancurkan mereka sendiri, bahkan umat Islam secara keseluruhan)
7 Paul Findley, Deliberate Deceptions-Facing the Facts
about the US-Israeli Relationship, Lawraence Hill Books, New York, 1993, hal. 5-6.
8 Berita
RTM 18 Mei 2003. (Jatuhnya Palestin ke tangan kaum Yahudi tidak terlepas dari
hancurnya aqidah dan pemikiran para tokoh dan cendekiawan Ottoman Empire, yang
waktu itu membawahi wilayah Palestin. Cendekiawan Ottoman yang tergabung ke dalam Young Turk
Movement – yang kemudian menjadi penguasa Turki setelah jatuhnya Ottoman
Empire – adalah orang-orang yang bekerjasama dengan Zionis Yahudi. Mereka
memiliki fahaman materialisme, positivisme, dan nasionalisme chauvinistik.
Kemal Attaturk, misalnya, adalah penganut fahaman Social Darwinism.
Abdullah Cevdet, tokoh the Young Turk Movement menyatakan, “There is
only one civilization, and that is European civilization. Therefore, we must
borrow western civilizaton with both its rose and its thorn. (Lihat: M.
Sukru Hanioglu, The Young Turks In Position, Oxford University Press,
1995; juga lihat tulisan Prof. Halil Inalcik bertajuk The Caliphate and
Ataturk’s Inkilab, di Jurnal Belleten, XLVI/182, 1982, hal. 353-365)
10 Syed Muhammad Naquib al-Attas, Islam and Secularism, ISTAC,
Kuala Lumpur, 1993, hal. 105.
11 Syed Muhammad Naquib
al-Attas, Risalah untuk Kaum Muslimin, ISTAC, Kuala Lumpur, 2001, h. 16.
12 al-Attas, Islam and Secularism, hal. 5.
13 Tom Jacobs SJ, "Gereja dan Dunia" dalam buku Gereja
dan Masyarakat, ed. JB Banawiratma SJ, 1994, hal. 17-19.
14 Mark Jurgensmayer, Menentang Negara Sekular, Mizan,
Bandung, 1998, hal. 29.
15 M. Thalib dan Haris Fajar, Dialog Bung Karno-A. Hassan,
Sumber Ilmu, Yogyakarta, 1985, hal.75-89.
16 Lihat: Risalah
Sidang BPUPKI yang diterbitkan Sekretariat Negara RI. Seperti diketahui,
hasil kompromi ini pun kemudian dibatalkan pada tanggal 18 Agustus 1945, kerana
kelompok Kristian di Indonesia bagian Timur memberikan ultimatum, jika Piagam
Jakarta tetap dimasukkan ke dalam UUD 1945, maka mereka akan memisahkan diri
dari negara Indonesia. Lihat: Moh.
Natsir, "Tanpa Toleransi Takkan Ada Kerukunan", dalam buku Fakta
dan Data, (ed. Lukman Hakiem), Media Dakwah, Jakarta, 1991, hal. 44-45).
17 Adian Husaini, Penyesatan Opini, Gema Insani Press,
Jakarta, 2002, hal. 91-98.
18 Muhammad Tahir Azhary, Negara Hukum, Bulan Bintang,
Jakarta, h. 33-37.
19 Greg Barton, Gagasan Islam Liberal di Indonesia, Paramadina, Jakarta, 1999; New York Times.com,
16 Maret 2002.
21 Lihat buku Wajah Liberal Islam di Indonesia,
Jaringan Islam Liberal, Jakarta, 2002, hal. 232-233.
22 Majalah GATRA,
edisi 21 Desember 2002.
23 Harian Kompas edisi 18 November
2002.
24 (www.Islamlib.com)
27 Abdul Munir Mulkhan, Ajaran dan Jalan Kematian Syekh Siti
Jenar, Kreasi Wacana, Yogyakarta, 2002, hal. 44.
28 Adian Husaini, Gus Dur Kau Mau Kemana:
Telaah Kritis Atas Pemikiran dan Politik Keagamaan Presiden Abdurrahman Wahid,
DEA Press, Jakarta, 2000, hal. 162.
31 Lihat buku Pergolakan
Pemikiran Islam: Catatan Harian Ahmad
Wahib, LP3ES, 2003 (cetakan keenam), hal. 98.
32 Lihat buku Wajah Liberal Islam di Indonesia, Jaringan Islam Liberal, Jakarta, 2002, hal. 78.
33 Perdebatan antara Taufik Adnan Amal dengan Dr. Ugi Suharto
dapat dilihat dalam bulletin INSIST No1 dan 2 dan website www.insistnet.com,
yang diterbitkan Institute for the Study of Islamic Thought and Civilization
(INSIST).
34 Herlianto, Gereja Modern, Mau Kemana?, Yabina, Bandung,
1995.
35 Dalam masalah Inul, Abdurrahman Wahid
mengatakan, bahawa Inul Daratista tidak boleh dilarang untuk menyanyi dan
menari, sebab itu termasuk kebebasan berekspresi. "Setahu saya kebebasan
berekspresi dan berkesenian tidak bertentangan dengan undang-undang," kata
Abdurrahman Wahid, stelah dalam acara makan siang dengan penyanyi dan penari
erotik tersebut di sebuah Hotel di Jakarta. (Republika Online, 29 April
2003).
36
Samuel M. Zwemmer, Islam: A Challenge to Faith, Darf Publisher Limited,
London, 1985, hal. 190.
37 Lihat buku Pergolakan
Pemikiran Islam: Catatan Harian Ahmad Wahib, LP3ES dan Freedom Institute,
2003, hal. 40. Sekarang, pengaruh pluralisme dapat dilihat pada alumnus Sekolah
Tinggi Filsafat (Katolik) Driyarkara, seperti Budhy Munawar Rachman
(Paramadina) dan Ulil Abshar Abdalla (Jaringan Islam Liberal). Penyebaran paham
ini dari kalangan Kristen Protestan bisa dijumpai pada alumnus pasca Sarjana
studi agama-agama di Universitas Kristen Satya Wacana (UKSW) – seperti
buku Wahdat al-Adyan:Dialog
Pluralisme Agama yang ditulis Fathimah Usman (lulusan S-2 Studi Agama di
UKSW), diterbitkan LKiS Yogyakarta,
2002). Sekolah Tinggi Teologi (STT) Apostolos dan Institut Teologi Kalimatullah
juga aktif mengembangkan pluralisme.
38 Samuel M. Zwemmer,
Islam: A Challenge to Faith, hal.
240.
39 Aqib Suminto, Politik
Islam Hindia Belanda, LP3ES, Jakarta, 1985, hal. 26.
40 H. Berkhof, Sejarah
Gereja, BPK Gunung Mulia, 1990, hal. 321.
41 Victor Silaen (ed), Gereja dan Reformasi, Yakoma-PGI,
1999, hal. 31-32.
42 Majalah Rohani Populer BAHANA, edisi September 2002.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar