Pengenalan
Cinta adalah fitrah ( kompenan kejadian manusia ) Firman Allah:
فِطْرَةَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا لا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّه[1]
ِMaksudnya:
Fitrah Allah SWT yang telah menciptakan manusia menurut fitrah.tidak ada perubahan pada fitrah itu .
Dalam al-Quran, terdapat 82 kalimah cinta ([2]( حب.
Ia menyatakan tenteng pelbagai aspek termasuk cinta Khaliq ( Pencipta
), cinta rasul, cinta sesama manusia dan lain-lain. Cinta merupakan satu
perkara penting dalam persoalan hidup, lebih-lebih lagi cinta tersebut
ada kaitannya dengan keharmonian rumah tangga, kebahagiaan hidup,
kemesraan sesama masyarakat dan cinta yang mendapat keredhaan Ilahi.
Pengertian ( Definisi )
Apakah makna cinta?
Cinta
dari segi bahasa ialah berperasaan sangat sayang samada kepada Negara,
orang tua, kebahagiaan dan lain-lain. Ia juga bermaksud perasaan sangat
berahi ( asyik ) atau rindu antara lelaki dan perempuan serta
kecenderungan kepada sesuatu yang menarik.[3]
Dari segi istilah, cinta adalah pertautan atau ikatan hati yang menyebabkan seseorang menikmati kebahagiaan, ketenangan jiwa dan kepuasan.[4]
Sehubungan itu, Al-Quran telah menyatakan tentang masalah cinta ini dalam beberapa keadaan. Di antaranya firman Allah SWT.
زُيِّنَ
لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاء وَالْبَنِينَ
وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ
الْمُسَوَّمَةِ وَالأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ
الدُّنْيَا وَاللّهُ عِندَهُ حُسْنُ الْمَآبِ[5]
Maksudnya:
Dihiaskan
(dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang
diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda
yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang
bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun
tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah),
pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
Berdasarkan
ayat di atas, manusia telah diciptakan Allah SWT mempunyai watak atau
tabiat semulajadi menyukai nafsu syahwat (cinta ) kepada enam perkara[6]
1- Perempuan-perempuan: Merekalah tempat idaman hati dan tumpuan mata, kerana kepada merekalah terletak ketenteraman jiwa.
2- Anak-anak samada lelaki atau perempuan.
3- Harta
benda yang bertimbun-timbun daripada jenis emas dan perak. Mencintai
harta memang telah menjadi perkara asas kepada manusia. Dengan harta
dapat menunaikan segala cita-cita.
4- Kuda yang bagus. Dalam erti kata lain bermaksud kenderaan yang elok atau mewah dan dijadikan sebagai lambang kemegahan.
5- Binatang
ternakan seperti unta, lembu dan kambing. Dalam konteks semasa ia
bermaksud aset harta benda, sumber kekayaan dan pendapatan.
6- Sawah ladang atau pemilikan tanah dan kawasan lebih-lebih lagi yang mempunyai nilai komersial tinggi.
Semua
perkara tersebut adalah menjadi kesukaan ( kecintaan ) hidup di dunia
yang sementara, tetapi ditegaskan bahawa terdapat perkara yang membawa
kenikmatan yang baik dan kekal iaitu di Syurga.
Dalam
ayat berkenaan juga, Allah SWT menyebut wanita terlebih dahulu kerana
godaan dan gangguan yang disebabkan oleh wanita lebih kuat. Walaupun
demikian, jika tujuan mencintai atau menyukai wanita kerana untuk
mendapat zuriat melalui ikatan perkahwinan ia adalah sangat baik dan
dianjurkan oleh Islam. Mencintai anak untuk tujuan memperbanyakan
keturunan juga diseru oleh agama. Begitu juga mencintai harta kerana
untuk beri nafkah serta tujuan sosial, mencintai kemudahan lain seperti
kuda ( kenderaan ) untuk kegunaan mencari rezaki, mencintai binatang
ternakan untuk dipelihara dan dikeluarkan zakat, mencintai ladang ( الحرث ) kerana bercucuk tanam mencari nafkah merupakan aspek cinta ( keinginan ) yang digalakan dalam Islam.[7]
Hukum Bercinta
Syeikh Atiyyah Saqr menjelaskan bahawa hokum bercinta ada beberapa ketogari seperti berikut:[8]
1- Wajib
seperti mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW. Islam meletakkan cinta
yang tertinggi dalam kehidupan manusia ialah cinta kepada Allah SWT.
Ketinggian nilai mendekatkan diri hamba kepada Pencipta dapat dikesan
melaui cinta nurni mereka kepada Allah SWT. Begitu juga kewajipan
mencintai Rasulullah SAW dibuktikan melalui kepatuhan serta kecintaan
terhadap sunnahnya.
2- Sunat seperti mencintai orang-orang soleh.
3- Haram seperti mencintai perkara-perkara haram, amalan dosa dan sebagainya.
Namun
yang menjadi persoalan di kalangan masyarakat ialah berkaitan cinta di
antara dan perempuan khususnya masalah berhubung remaja pada waktu ini.
Cinta dalam situasi begini kadang-kadang atas dasar perasaan sanubari (حبا قلبا أي عاطفيا قد يكون) dan kadang-kala atas dasar nafsu syahwat ( حبا شهويا جنسيا قد يكون ).
Perbezaan di antara keduanya agak terperinci, bahkan hampir sama dari
segi perasaan, tetapi cinta atas dasar perasaan sanubari disebabkan
pandangan tidak segaja dan jiwa ( نظر الفجأة وحديث النفس العابر ) termasuk dalam perkara yang tidak dapat dielakkan seperti yang dinyatakan:
وقد يدخل تحت الأضطرار فلا يحكم عليه بحل ولاحرمة
Kadang-kadang termasuk dalam perkara darurat, tidak dapat dihukum dengan halal mahupun haram.
Manakala
cinta atas dasar nafsu syahwat atau berahi lebih-lebih lagi
berpanjangan maka hukumnya haram. Perkara ini menjadi haram kerana
mendorong melakukan unsur-unsur maksiat.
( فهو حرام بسبب حرمة السبب المؤدي له )
Contoh
yang nyata: khalawat dengan perempuan ajnabiah, bersentuhan, belaian
dengan belaian cinta hingga melanggar batas-batas syariat. Oleh itu, cinta antara lelaki dan perempuan tidak menjadi kesalahan jika dalam masa yang singkat diikat dengan pertunangan dan perkahwinan. Dengan ini dapat membendung perkara yang tidak baik serta menghalang dari berlaku maksiat.
Secara umumnya, cinta mengikut keutamaan dalam Islam seperti berikut:
1- Cinta kepada Allah SWT.
2- Cinta kepada Rasulullah SAW.
3- Cinta kepada kedua ibu bapa.
4- Cinta kepada sesama mukmin.
Cinta dunia remaja serta masalah sosial
Tidak
ada orang yang boleh mendakwa dirinya lari dari mainan perasaan. Asal
saja ia bermana manusia, maka sekaligus dirinya akan dicuba dengan
mainan nafsubyang bagaikan lautan ganas yang begitu kuat gelombang.
Salah satu darinya mainan cinta ( fall in love ) . cinta itu bermula
dengan mainan mata yang tidak mempunyai sempadannya, ia kemudiannya
diikut dengan sahutan suara dan saling berhubung sampai keperingkat
tersebut, amat sukar sekali bagi pasangan cinta untuk tidak bertemu dan 'dating' sekaligus mendedahkan diri kepada aksi yang lebih hebat. Oleh kerana itulah, Islam menjaga kesucian cinta dari dicemari oleh unsur-unsur nafsu meletakkan batasan pandangan seorang muslim dan muslimah. Ia dijelaskan dalam surah An-Nur ayat 30:
Betapa
bahayanya cinta berlandaskan keinginan nafsu semata-mata, ia boleh
dilihat apabila pasangan yang dihanyutkan olehnya tidak akan berupaya
untuk berfikir secara waras lagi. Setiap detik dan masa yang berlaku tidak akan sunyi dari memikirkan persoalan cinta mereka.
Setiap
saat, jika sudah tidak mampu lagi untuk tenteram sekiranya tidak
didodoikan dengan suara halus dan lunak yang berbicara dengan kata-kata
yang hanya layak diperdengarkan di dalam kelambu. Sudah berkubur
cita-cita perjuangan dan sudah lebuh harapan masyarakat yang dipikul di
atas bahu, yang ada hanyalah kehendak memuaskan hati pasangan
masing-masing. Lantas, di saat demikian, layakkah orang yang hanyut ini
diharapkan memikul tanggungjawab melaksanakan tugas penting membimbing
masyarakat?
Apakah
penyelesaian terhadap permasalahan ini? Jalan yang paling baik ialah
perkahwinan. Selain daripada perkahwinan yang tentunya merupakan perkara
yang hampir mustahil untuk dilaksanakan dalam dunia seorang penuntut
ilmu, maka Rasulullah SAW mencadangkan puasa sebagai jalan terbaik
melepaskan diri dari kekuasaan nafsu yang meronta-ronta. Selain daripada
perkahwinan, tidak dapat tidak,
hanyalah kawalan terhadap jiwa mampu menyelamatkan diri sendiri dari
turut terjun dalam arus ganas cinta remaja khususnya.
Sesungguhnya
cinta sebelum perkahwinan adalah cinta palsu, walaupun dihiasi dengan
rayuan-rayuan halus namun ia adalah panggilan-panggilan ke lembah
kebinasaan. Andainya hati dihiasi dengan rayuan-rayuan syaitan yang
seringkali mengajak ke arah melayan perasaan, maka hilanglah di sana
cita-cita agung untuk menabur bakti kepada Islam sebagai medan jihat dan
perjuangan.
Persoalan
yang penting sekarang ialah apakah yang diperolehi oleh mereka yang
bercinta sebelum kahwin apabila mereka sudah saling mengetahui segala
perkara mengenai diri masing-masing. Sudah tidak ada nikmat selepas
kahwin. Apatah lagi kalau sudah terlanjur, kemudian kahwin pula dengan
orang lain dan ternyata suami itu cinta kepadanya. Individu tersebut akan menyesal kerana "she got nothing to offer" kepada suami yang betul-betul mencintainya. Inilah akan melahirkan perasaan dendam dan bersalah. Jadi eloklah dipagari perhubungan lelaki dan perempuan.
Kenikmatan
cinta antara lelaki dan perempuan akan hadir selepas berkahwin. Tidak
hairanlah kalau suasan bulan madu akan lebih panjang malah akan terus
berkekalan sepanjang perkahwinan.
Percayalah,
masa muda yang dianugerahkan oleh Allah SWT hanya sekali berlalu dalam
hidup. Ia tidak akan berulang lagi untuk kali kedua atau seterusnya.
Meniti usia remaja dengan berhati-hati dan mengenepikan mainan perasaan
adalah merupakan perkara yang amat sukar sekali. Apatah lagi, semakin
dihambat usikan perasaan, semakin ia datang mengcengkam dan membara.
Namun, itulah mujahadah melawan perasaan. Sekadar perasaan dan diri
sendiri menjadi musuh, alangkah baiknya jika digunakan sebaik mungkin
mendalami ilmu dan melakukan amal soleh.[9] Oleh yang demikian, apakah yang akan menyelamatkan kita selain keimanan, ketakwaan dan kemantapan ilmu?
Beberapa contoh akibat cinta remaja:
1- Happy Valentine Day.
2- April Fool.
3- Free Life / Free sex
4- Saturday Nigh Fever.
5- Love Bite.
6- Hedonisme.
Kesimpulan
Oleh
kerana begitu berat ancaman dan pengaruh luar, marilah kita sama-sama
mantapkan keimanan dengan mencintai Yang Maha Agung Allah SWT.
اللَّهُمَّ
إِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَالْعَمَلَ الَّذِي
يُبَلِّغُنِي حُبَّكَ اللَّهُمَّ اجْعَلْ حُبَّكَ أَحَبَّ إِلَيَّ مِنْ
نَفْسِي وَأَهْلِي وَمِنَ الْمَاءِ – رواه الترميذي.
Ya
Allah! Kurniakanlah kepadaku kecintaan kepada-Mu, kecintaan kepada
orang yang cintai-Mu dan kecintaan kepada amalan yang membawa kepada
kecintaan-Mu Ya Allah! Jadikanlah kecintaan-Mu lebih daku cintai
daripada diriku, hartaku, keluargaku dan air yang sejuk.[10]
pan sty` �!m o W 0� character: footnote'>[15] - رواه مسلم في كتاب البر والصلة والأداب
Tidak ada komentar:
Posting Komentar